Bellynie Johnek, 19, telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang berlangsung di Tebingan Sungai Sri Aman malam tadi.
Beliau yang berjaya mengenepikan saingan daripada lapan orang peserta dalam pertandingan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250 beserta dengan sebuah piala kejuaraan.
Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini juga menyaksikan Nurul Istilah binti Ishak, 20, muncul naib juara manakala Aziy Ilahihi, 22, pula muncul sebagai pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan itu.
Dengan kemenangan itu, Nurul dan Aziy masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100. Kedua-dua peserta ini juga turut membawa pulang hadiah iringan berupa piala.
Dua orang agi peserta dalam Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini iaitu Cornellia Johnek, 18, dan Jennifer Peter Wellington, 20, pula mendapat hadiah saguhati bernilai RM50 untuk setiap seorang.
Empat orang peserta yang turut bersaing dalam pertandingan ini ialah Nur Alfazirin Abdul Gapor, Melisa Diana Anis, Norshyalla Dolhan dan Zuriana Kadri.
Kesemua hadiah kepada para pemenang Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini telah disampaikan oleh Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Sarawak iaitu Rajali Haji Mudin.
Lebih 100 orang penduduk berhimpun di sekitar kawasan penganjuran Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan pertandingan itu walaupun hujan turun di sekitar bandar ini bermula jam 7.30 malam tadi.
PENARI S.M,K SIMANGGANG SRI AMAN
PASARIA KARVINAL IKAN BULU
JUALAN MEGA
Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 menerima jumlah kedatangan pengunjung yang ‘luar biasa’ ketika berlangsungnya sambutan hari kedua pesta terbabit hari ini.
Tinjauan hari ini menganggarkan lebih 8,000 orang pengunjung membanjiri kawasan Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan pelbagai acara yang diadakan bersempena dengan penganjuran karnival itu bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang.
Antara acara yang berlangsung hari ini ialah Pertandingan Polynemus Music Fest, Pertandingan Tarian Tradisi, Lumba Enjin Bot (enjin sangkut 15 kuasa kuda), Pertandingan Senaman Poco-Poco, saringan Pam Ski dan Pertandingan Citra Rasa Ikan Bulu.
Tarang anak Abong, 36, ketika ditemui berkata Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 yang berlangsung di bandar Sri Aman bermula dari 24 hingga 26 Julai ini secara tidak langsung memberi peluang terhadap orang ramai untuk berhibur dan melepaskan tekanan kerja dalam diri masing-masing.
“Saya menganggap pesta ini sebagai sebuah acara yang menarik memandangkan ia secara tidak langsung memberi peluang terhadap orang ramai untuk menyaksikan pelbagai acara yang jarang diadakan sebelum ini.
“Atas sebab ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 di bandar Sri Aman bermula 24 Julai lalu,” katanya.
Sementara itu Ebit Seng, 27, berpendapat bahawa penganjuran Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Sri Aman sebagai sebuah bandar pelancongan terkemuka di negeri ini.
Anak jati kelahiran Melugu ini melahirkan rasa bangga memandangkan bandar Sri Aman antara bandar yang mempunyai dua acara menarik dalam tempoh dua tahun sekali iaitu Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu.
“Justeru saya berharap agar Pesta Ikan Bulu dapat diserapkan dalam kalendar pelancongan Sarawak di masa akan datang demi mengangkat nama bandar ini ke peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya.
Sambutan hari kedua Pesta Ikan Bulu dijangka akan lebih meriah pada sebelah malam apabila berlangsungnya Pertandingan Akhir Ratu Ikan Bulu Sri Aman di Tebingan Sungai Sri Aman.
3 DARA PINGITAN YANG VERTUGAS SEMPENA KARNIVAL IKAN BULU 2009
INILAH PERAHU KAMI YANG PUNYA....:p
KARNIVAL PEMANGKIN PERPADUAN ADALAH TEMA BAGI PESTA KARNIVAL IKAN BULU 2009.
pertandingan karaoke bintang RaSA 2009 di Auditorium RTM Sri Aman
1 comments Posted by RaSaFm at 12:18Pendaftaran Peserta yang mengikuti pertandingan karaoke 2009.
FUIYOOOOO...... LAGU JANGAN SIKLAGU KABAN....MANAH AMAT NYAWA YA....
2 orang peserta yang menunjukkan bakat nyanyian masing-masing dengan gaya yang tersendiri di rtm sri aman pada 16 mei 2009.Apa yang diharapkan agar pertandingan ini mendapat sambutan warga Sri Aman mahupun Zon 6 ini.dan juga tidak akan pupus buat selamanya...
Rolana Gilbert juga sebagai Penyamai (DJ) dan juga bertugas di Rakanhanah
DJ dalam Perkhidmatan Iban RaSAfm yang sentiasa menghiburkan anda setiap hari
Perkhidmatan Cina yang memberikan info dan maklumat terkini utnuk anda setiap petang hiburan semasa
& kini pelapis terbaru di RaSAfm dj-dj full part time RaSAFM...bEST
GIZRI AZIP SEORANG JURUHEBAH FULL PART TIME 2009DAYANG NORLIZA SEORANG JURUHEBAH FULL PART TIME
Perkidmatan Cina sentiasa tersenyum ..cak!!
Wajah DJ-DJ RaSAfm Radio Sri Aman
sebagaimana yang telah diketahui umum,maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang mana kegitan kehidupan harian adalah bergantyung kepada hasil tangkapan laut.pesta maludam diadakan adalah hasil cetusan idea penduduk kampung maludam sendiri, dimana mereka melihat dan merasakan penganjuran pesta ini dapat membina jambatan penghubung di antara penduduk kampung dan pemimpin tempatan.Nama PESTA MALUDAM ini dipilih adalah bersesuaian dengan usaha untuk mempromosikan Daerah Kecil Maludam kepada umum.Pesta kali ini adalah julung-julung kali diadakan di Daraeah Kecil Maludam pada 17-19 April 2009.
Sejarah kampung ini bermula dengan pengembaraan sekumpulan kaum Iban pada tahun 1928.Pada tahun itu,Maludam bersama beberapa orng awak-awwaknya telah singgah berteduh di satu tempat kawasan persisiran pantai.
Maludam bersiar-siar di kawasan itu dan telah samapai ke satu tempat yang tanahnya subur dan sesuai bercucuk tanam dan senang untuk menangkap ikan.Maludam berasa kagum dengan keindahan dan kesuburan tanah di kawasan itu dan bercadang untuk membuka sebuah perkampungan di kawasan itu.
Maludam pun memberitahu awak-awaknya supaya berpindah di kawasan itu.Bulan berganti bulan mereka hidup dengan bahagia namun kampung itu belum diberi nama.Kemudian datang beberapa orang penduduk dari kawasan lain seperti dari Matu Daro,Paloh dan Rajang datang ke kawasan itu.Mereka bertanya dengan Maludam apakah nama kawasan itu?Maludam pun menamakan kampung itu bersempena namanya sendiri sebagai pengasas dan mengambil perkataan laut kerana kampung itu berdekatan dengan laut.Begitulah asal usul Kampung Maludam.
u/p:wujudnya nama maludam...
seorang lelaki yang bernama ADAM adalah seorang yangh amat pemalu....
ADAM + MALU =ADAMALU
MALU + ADAM = MALUDAM
MERIAH...Orang ramai sedang mengunjungi gerai jualan yang terdapat di tapak penganjuran Pesta Ikan Tapah di Pekan Pantu pada 24 April lalu.
Tingkatkan significant Pesta Ikan Tapah 2009
Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 semestinya masih segar dalam ingatan para pengunjung yang pernah ke Pekan Pantu, kira-kira 62 kilometer dari bandar Sri Aman untuk menyaksikan pesta terbabit bermula dari 24 hingga 26 April lalu.
Menerusi pesta ini lebih 3,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan tujuh buah acara menarik yang berlangsung antaranya ialah Pentas Rakyat, Pertandingan Menangkap Ikan dan Udang, Sukan Air, Sukan Rakyat, Gerai Jualan Hasil Pertanian oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu, Gerai Jualan dan Pameran Pembangunan.
Sebagai seorang penulis yang turut berkunjung ke pesta berkenaan, ucapan tahniah harus diberikan kepada Pejabat Daerah Sri Aman dan Pejabat Daerah Kecil Pantu kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan pesta berkenaan.
Malahan sokongan moral daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat terhadap penganjuran Pesta Ikan Tapah ini nampaknya akan mengangkat nama Pekan Pantu ke peringkat lebih tinggi untuk penganjuran buat kali keduanya selepas ini.
Bagaimanapun sejauh manakah ‘significant’ Pesta Ikan Tapah Pantu yang buat pertama kalinya diadakan di Pekan Pantu itu bermula 24 hingga 26 April lalu?
Pada pandangan peribadi penulis, Pesta Ikan Tapah Pantu ‘edisi pertama’ ini boleh dianggap sebagai satu langkah permulaan oleh kerajaan untuk menukar status Pekan Pantu sebagai pekan tidur kepada sebuah pekan yang aktif dan seterusnya menjadi tumpuan pengunjung luar.
Pesta Ikan Tapah Pantu tidak akan menjadi significant sekiranya ia cuma bertujuan untuk mempromosi nama Pekan Pantu dan bukannya menjadikan Ikan Tapah sebagai produk yang ‘sentiasa ada dan mudah didapati’ pada setiap masa di pekan tersebut.
Justeru untuk itu penulis berpendapat bahawa ada baiknya kerajaan untuk berusaha merangka sebuah pelan cadangan bagi mewujudkan sebuah industri perternakan Ikan Tapah pada skala besar di kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman selepas ini.
Daripada industri penternakan terbabit, kerajaan juga boleh mewujudkan sebuah lagi industri penghasilan produk makanan berasaskan daging Ikan Tapah seperti keropok, pekasam dan sebagainya di kawasan Pantu ini.
Disamping dijual kepada orang ramai bagi peringkat pasaran tempatan, produk makanan berasaskan Ikan Tapah ini juga mungkin boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Siapa tahu sekiranya ia laris atau tidak?
Kerajaan juga boleh memanggil beberapa buah agensi untuk melaksanakan penyelidikan R&D (Research and Development) di Sungai Seterap atau lain-lain sungai di kawasan Pantu untuk mempelajari habitat ikan air tawar berkenaan dan langkah membiak-bakanya.
Jangan lupa Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dahulu pernah menyuarakan perlu wujudnya ‘satu industri untuk satu daerah’ demi mempertingkatkan lagi taraf ekonomi penduduk di negeri ini.
Jika Ketua Menteri pernah menyuarakan perkara ini maka tiada salahnya untuk kerajaan cuba mewujudkan salah satu dari dua cadangan industri terbabit di Pantu untuk tahun yang akan datang.
Perlaksanaan Industri Penternakan Ikan Tapah pada tahap skala besar atau penghasilan makanan berasaskan Ikan Tapah mungkin boleh menjadikan sambutan Pesta Ikan Tapah Pantu akan menjadi lebih significant atau bererti buat pengunjung di masa akan datang.
Maka di penganjuran pesta yang akan datang, para pengunjung mungkin tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila Ikan Tapah atau produk yang berkaitan boleh didapati dengan mudah menerusi pesta itu.
Bukan itu sahaja malahan perlaksanaan industri ini mungkin boleh menjana puluhan atau ratusan peluang pekerjaan untuk penduduk yang berada di kawasan daerah kecil Pantu dan bukannya menjana keuntungan sementara ketika berlangsungnya pesta itu.
Mungkin pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu yang kini dikatakan sedang ‘tenat’ patut diberi mandat oleh kerajaan untuk cuba menguruskan projek penternakan Ikan Tapah tersebut.
Kesimpulannya Pesta Ikan Tapah Pantu boleh menjadi sohor sekiranya kerajaan mewujudkan industri seumpama itu di kawasan Pantu. Moga-mogaan cadangan penulis dapat menarik perhatian kerajaan selepas ini.
Jika mahu menjadikan Pesta Ikan Tapah sebagai sebuah temasya yang berjaya maka cadangan penulis ini mungkin boleh diambilkira bagi tujuan itu. Disamping menaiktaraf ekonomi penduduk mungkin langkah ini juga boleh mentransformasikan pembangunan di kawasan Pantu dengan lebih pesat.