MERIAH...Orang ramai sedang mengunjungi gerai jualan yang terdapat di tapak penganjuran Pesta Ikan Tapah di Pekan Pantu pada 24 April lalu.
IKAN TAPAH MEMANG SEDAP UNTUK DI MAKAN...NAK CUBA BOLEH RASA LA...BERSAMA KUMPULAN RaSA fm....ehheheh
Tingkatkan significant Pesta Ikan Tapah 2009
Pesta Ikan Tapah Pantu 2009 semestinya masih segar dalam ingatan para pengunjung yang pernah ke Pekan Pantu, kira-kira 62 kilometer dari bandar Sri Aman untuk menyaksikan pesta terbabit bermula dari 24 hingga 26 April lalu.
Menerusi pesta ini lebih 3,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan tujuh buah acara menarik yang berlangsung antaranya ialah Pentas Rakyat, Pertandingan Menangkap Ikan dan Udang, Sukan Air, Sukan Rakyat, Gerai Jualan Hasil Pertanian oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu, Gerai Jualan dan Pameran Pembangunan.
Sebagai seorang penulis yang turut berkunjung ke pesta berkenaan, ucapan tahniah harus diberikan kepada Pejabat Daerah Sri Aman dan Pejabat Daerah Kecil Pantu kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan pesta berkenaan.
Malahan sokongan moral daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat terhadap penganjuran Pesta Ikan Tapah ini nampaknya akan mengangkat nama Pekan Pantu ke peringkat lebih tinggi untuk penganjuran buat kali keduanya selepas ini.
Bagaimanapun sejauh manakah ‘significant’ Pesta Ikan Tapah Pantu yang buat pertama kalinya diadakan di Pekan Pantu itu bermula 24 hingga 26 April lalu?
Pada pandangan peribadi penulis, Pesta Ikan Tapah Pantu ‘edisi pertama’ ini boleh dianggap sebagai satu langkah permulaan oleh kerajaan untuk menukar status Pekan Pantu sebagai pekan tidur kepada sebuah pekan yang aktif dan seterusnya menjadi tumpuan pengunjung luar.
Pesta Ikan Tapah Pantu tidak akan menjadi significant sekiranya ia cuma bertujuan untuk mempromosi nama Pekan Pantu dan bukannya menjadikan Ikan Tapah sebagai produk yang ‘sentiasa ada dan mudah didapati’ pada setiap masa di pekan tersebut.
Justeru untuk itu penulis berpendapat bahawa ada baiknya kerajaan untuk berusaha merangka sebuah pelan cadangan bagi mewujudkan sebuah industri perternakan Ikan Tapah pada skala besar di kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman selepas ini.
Daripada industri penternakan terbabit, kerajaan juga boleh mewujudkan sebuah lagi industri penghasilan produk makanan berasaskan daging Ikan Tapah seperti keropok, pekasam dan sebagainya di kawasan Pantu ini.
Disamping dijual kepada orang ramai bagi peringkat pasaran tempatan, produk makanan berasaskan Ikan Tapah ini juga mungkin boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Siapa tahu sekiranya ia laris atau tidak?
Kerajaan juga boleh memanggil beberapa buah agensi untuk melaksanakan penyelidikan R&D (Research and Development) di Sungai Seterap atau lain-lain sungai di kawasan Pantu untuk mempelajari habitat ikan air tawar berkenaan dan langkah membiak-bakanya.
Jangan lupa Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dahulu pernah menyuarakan perlu wujudnya ‘satu industri untuk satu daerah’ demi mempertingkatkan lagi taraf ekonomi penduduk di negeri ini.
Jika Ketua Menteri pernah menyuarakan perkara ini maka tiada salahnya untuk kerajaan cuba mewujudkan salah satu dari dua cadangan industri terbabit di Pantu untuk tahun yang akan datang.
Perlaksanaan Industri Penternakan Ikan Tapah pada tahap skala besar atau penghasilan makanan berasaskan Ikan Tapah mungkin boleh menjadikan sambutan Pesta Ikan Tapah Pantu akan menjadi lebih significant atau bererti buat pengunjung di masa akan datang.
Maka di penganjuran pesta yang akan datang, para pengunjung mungkin tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila Ikan Tapah atau produk yang berkaitan boleh didapati dengan mudah menerusi pesta itu.
Bukan itu sahaja malahan perlaksanaan industri ini mungkin boleh menjana puluhan atau ratusan peluang pekerjaan untuk penduduk yang berada di kawasan daerah kecil Pantu dan bukannya menjana keuntungan sementara ketika berlangsungnya pesta itu.
Mungkin pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu yang kini dikatakan sedang ‘tenat’ patut diberi mandat oleh kerajaan untuk cuba menguruskan projek penternakan Ikan Tapah tersebut.
Kesimpulannya Pesta Ikan Tapah Pantu boleh menjadi sohor sekiranya kerajaan mewujudkan industri seumpama itu di kawasan Pantu. Moga-mogaan cadangan penulis dapat menarik perhatian kerajaan selepas ini.
Jika mahu menjadikan Pesta Ikan Tapah sebagai sebuah temasya yang berjaya maka cadangan penulis ini mungkin boleh diambilkira bagi tujuan itu. Disamping menaiktaraf ekonomi penduduk mungkin langkah ini juga boleh mentransformasikan pembangunan di kawasan Pantu dengan lebih pesat.
1 Comment:
-
- juta juta said...
December 5, 2009 at 1:34 PMenti ulih teruskan untuk promosi perlancongan ba psr pantu ngambika ka bisi ningkat ka penatai ekonomi org kwsan diak.peda psr pntu jauh amai mundur ari tmpat lain.bdau pkl 12 tghri udah tutup kdai cina diak,bakani ka maju...makin lama makin mundur.suba bisi bas stc msuk pantu,diatu nma ti bisi diak.jangka ku maia bala perintah mnsa pantu tentu sida mejam ka mata nda sggup mda kemunduran psr pantu.ti ditemu sida brandau ba kdai kopi berjam-jam.berpolitik tak habis2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)