STAFF RTM YANG BERTUGAS SEPANJANG HARI KARNIVAL IKAN BULU 2009, NAMPAK NYA GAMBA RAKAN KITA NORRIATI HJ SAUFI TIDAK ADA NI SEBAB PERGI MENCARI SPRAY KREM UNTUK SEMUA KREW YANG SERING TERKENA KREM SEPERTI KREM MULUT DISEBABKAN KETAWA TERBAHAK-BAHAK...WAKKAKAKAK......KREM KAKI DISEBABKAN JALAN TAK HENTI-HENTI EHHEHE
PERTANDINGAN RATU KARNIVAL IKAN BULU 2009.SERAMAI 9 ORG PESERTA YANG BERENTAP PADA MALAM TERSEBUT 25 JULAI 2009.Bellynie Johnek, 19, telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang berlangsung di Tebingan Sungai Sri Aman malam tadi.
Beliau yang berjaya mengenepikan saingan daripada lapan orang peserta dalam pertandingan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250 beserta dengan sebuah piala kejuaraan.
Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini juga menyaksikan Nurul Istilah binti Ishak, 20, muncul naib juara manakala Aziy Ilahihi, 22, pula muncul sebagai pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan itu.
Dengan kemenangan itu, Nurul dan Aziy masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100. Kedua-dua peserta ini juga turut membawa pulang hadiah iringan berupa piala.
Dua orang agi peserta dalam Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini iaitu Cornellia Johnek, 18, dan Jennifer Peter Wellington, 20, pula mendapat hadiah saguhati bernilai RM50 untuk setiap seorang.
Empat orang peserta yang turut bersaing dalam pertandingan ini ialah Nur Alfazirin Abdul Gapor, Melisa Diana Anis, Norshyalla Dolhan dan Zuriana Kadri.
Kesemua hadiah kepada para pemenang Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini telah disampaikan oleh Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Sarawak iaitu Rajali Haji Mudin.
Lebih 100 orang penduduk berhimpun di sekitar kawasan penganjuran Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan pertandingan itu walaupun hujan turun di sekitar bandar ini bermula jam 7.30 malam tadi.
PENARI S.M,K SIMANGGANG SRI AMAN
PASARIA KARVINAL IKAN BULU
JUALAN MEGA
Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 menerima jumlah kedatangan pengunjung yang ‘luar biasa’ ketika berlangsungnya sambutan hari kedua pesta terbabit hari ini.
Tinjauan hari ini menganggarkan lebih 8,000 orang pengunjung membanjiri kawasan Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan pelbagai acara yang diadakan bersempena dengan penganjuran karnival itu bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang.
Antara acara yang berlangsung hari ini ialah Pertandingan Polynemus Music Fest, Pertandingan Tarian Tradisi, Lumba Enjin Bot (enjin sangkut 15 kuasa kuda), Pertandingan Senaman Poco-Poco, saringan Pam Ski dan Pertandingan Citra Rasa Ikan Bulu.
Tarang anak Abong, 36, ketika ditemui berkata Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 yang berlangsung di bandar Sri Aman bermula dari 24 hingga 26 Julai ini secara tidak langsung memberi peluang terhadap orang ramai untuk berhibur dan melepaskan tekanan kerja dalam diri masing-masing.
“Saya menganggap pesta ini sebagai sebuah acara yang menarik memandangkan ia secara tidak langsung memberi peluang terhadap orang ramai untuk menyaksikan pelbagai acara yang jarang diadakan sebelum ini.
“Atas sebab ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 di bandar Sri Aman bermula 24 Julai lalu,” katanya.
Sementara itu Ebit Seng, 27, berpendapat bahawa penganjuran Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Sri Aman sebagai sebuah bandar pelancongan terkemuka di negeri ini.
Anak jati kelahiran Melugu ini melahirkan rasa bangga memandangkan bandar Sri Aman antara bandar yang mempunyai dua acara menarik dalam tempoh dua tahun sekali iaitu Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu.
“Justeru saya berharap agar Pesta Ikan Bulu dapat diserapkan dalam kalendar pelancongan Sarawak di masa akan datang demi mengangkat nama bandar ini ke peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya.
Sambutan hari kedua Pesta Ikan Bulu dijangka akan lebih meriah pada sebelah malam apabila berlangsungnya Pertandingan Akhir Ratu Ikan Bulu Sri Aman di Tebingan Sungai Sri Aman.
3 DARA PINGITAN YANG VERTUGAS SEMPENA KARNIVAL IKAN BULU 2009
INILAH PERAHU KAMI YANG PUNYA....:p
KARNIVAL PEMANGKIN PERPADUAN ADALAH TEMA BAGI PESTA KARNIVAL IKAN BULU 2009.
1 Comment:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
this blog and I am impressed! Extremеly helpful
information spеcіally the last рart :) I сare for such infoгmatiоn much.
І was looking fοr this particular
informatiоn for a vеry long tіme. Τhank yοu and good lucκ.
Stop by my pаge distant Healing
Also visit my weblog ; quantum healing