Datang dan Pergi

[ Zul (kanan) bersama Zainal dalam satu majlis Kelab RTM Sri Aman]

[Rabu; 16 Mei 2007]


Oleh: Jim Carrey

RTM Sri Aman akan kehilangan seorang lagi pegawai yang berkaliber kerana bertukar ke Kuching. Beliau adalah Encik Zulkifli Daud, Jurutera J41 yang akan mula bertugas di RTM Kuching pada 28 Mei ini. En. Zul sudah lama ingin kembali ke Kuching. Tahniah buat beliau. Sebelum ini, Puan Noliah Ahmad dan suaminya, En. Arshad sudah bertukar ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Pengawal RTM Miri, Encik Salleh Fauzi akan bertukar ke Kuala Lumpur pada 1 Jun 2007. Tempatnya akan diganti oleh En Zain Ibrahim. Baiklah, sempena Hari Guru hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara. Kalaulah tidak kerana mereka, saya tidak menjadi "orang hebat dan berguna" hari ini. Terima kasih cikgu.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Followers